Slide
Slide
Slide
Slide
previous arrow
next arrow
Selamat Datang Ke Sekolah Al Faizeen
Matlamat unggul dalam pendidikan menurut Islam ialah untuk melahirkan insan berakhlak mulia yang cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Kami percaya bahawa kecemerlangan insan bukan semata-mata terletak pada kecemerlangan akademik malahan yang utama adalah kecemerlangan sahsiah dan akhlak positif. Oleh itu, di Sekolah Al Faizeen, kami menekankan pendidikan bersifat holistik yang menjadikan Islam sebagai terasnya melalui pendidikan kurikulum bersepadu kami iaitu Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP).
Sejarah Penubuhan

Penubuhan Sekolah Al-Faizeen bermula pada tahun 2001 di bangunan kedai di Seksyen 6 Kota Damansara dengan bilangan murid seramai 80 orang serta 11 orang guru dan kakitangan. Alhamdulillah, kami telah mendapat pendaftaran sekolah Islam swasta dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kami bermula dari berskala kecil namun pendaftaran murid meningkat tahun demi tahun sehingga kami berpindah ke lokasi di bangunan surau di Seksyen 7 Kota Damansara pada tahun 2009. Pada 2019, operasi Sekolah Al-Faizeen telah berpindah ke bangunan yang lebih selesa dan kondusif iaitu di Seksyen 3 Kota Damansara. Seterusnya, terkini kami beroperasi di bangunan Emporis, Kota Damansara.

Selepas 16 tahun penubuhan iaitu pada tahun 2017, Sekolah Al-Faizeen membuka cawangan baru di Presint 18 Putrajaya dengan bilangan murid seramai 53 orang serta 8 orang guru dan kakitangan. Alhamdulillah kami telah mendapat pendaftaran sekolah Islam swasta dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Alhamdulillah, pada tahun 2024 Sekolah Al-Faizeen berjaya membuka cawangan yang ketiga di Kota Warisan, Sepang.

Program Yang Ditawarkan
Sekolah Rendah

SEKOLAH RENDAH

Sekolah Rendah Islam Integrasi yang berteraskan kurikulum (KSSR) dan (JAIS) dan ditambah baik dengan kurikulum Sekolah Al Faizeen

Sekolah Menengah

SEKOLAH MENENGAH

 Maahad Tahfiz yang berteraskan kurikulum (KSSM) dan ditambah baik dengan kurikulum Sekolah Al Faizeen

Testimoni

''
Kredibiliti Sekolah Al Faizeen
0 +
Murid Hingga Kini
0 +
Guru Berpengalaman
0
Cawangan