Langkau ke kandungan utama

Pendaftaran 2026/2027 kini dibuka!Daftar Sekarang

Sekolah Al-Faizeen, Sekolah Islam Integrasi

Sekolah Islam Integrasi Sejak 2001

Menjana Generasi Mukmin Profesional

Kurikulum bersepadu yang menggabungkan Kurikulum Akademik, Kurikulum Diniyah, serta Kurikulum IQMP (Kurikulum Quran Mukmin Profesional) yang dilaksanakan di 4 cawangan kami di seluruh Selangor dan Putrajaya.

0+Murid hingga kini
0+Guru berpengalaman
0Cawangan
Pelajar Sekolah Al-Faizeen

Jubli Perak Al-Faizeen

25 Tahun Kecemerlangan

Bermula daripada langkah kecil 25 tahun yang lalu, Al-Faizeen kini mampu melangkah lebih jauh dalam arus dunia pendidikan yang semakin mencabar dan kompetitif.

Majlis Jubli Perak Al-Faizeen bukan sekadar satu sambutan, tetapi merupakan lambang penghargaan, doa serta tanda kasih kepada semua pihak yang telah mempercayai dan menyokong perjalanan Al-Faizeen sepanjang tempoh ini.

Semoga sokongan berterusan daripada semua pihak akan terus menguatkan usaha Al-Faizeen dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta cemerlang di dunia dan akhirat.

Pendidikan Islam Holistik untuk Generasi Rabbani

Matlamat utama pendidikan menurut perspektif Islam ialah melahirkan insan yang berakhlak mulia serta cemerlang di dunia dan akhirat. Di Sekolah Al-Faizeen, kami berpegang teguh bahawa kecemerlangan seseorang tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik, malah lebih utama ialah keunggulan sahsiah dan akhlak. Justeru itu, kami menekankan pendekatan pendidikan holistik yang berteraskan nilai-nilai Islam, melalui pelaksanaan Kurikulum Quran Mukmin Profesional (IQMP) iaitu kurikulum bersepadu yang membentuk pelajar menjadi insan rabbani, berilmu, dan berakhlak.

Pelajar Al Faizeen dalam sambutan Hari Kemerdekaan

Kurikulum Bersepadu IQMP

Gabungan kurikulum KPM, JAIS/JAWI, dan Integrasi Quran Mukmin Profesional (IQMP) yang unik untuk melahirkan pelajar cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Ketahui lagi
Pelajar dan guru Al Faizeen berdoa bersama

Pendidikan Berasaskan Nilai Islam

Setiap subjek diajar dengan penghayatan nilai-nilai Islam, membentuk pemikiran kritis yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ketahui lagi
Aktiviti sukan dan pembangunan fizikal pelajar Al Faizeen

Pembangunan Sahsiah & Akhlak Mulia

Program pembangunan sahsiah menyeluruh merangkumi adab, kepimpinan, dan kemahiran hidup untuk membentuk generasi rabbani yang berakhlak mulia.

Ketahui lagi

Kenapa Al Faizeen?

Kecemerlangan pendidikan Islam bertaraf premium sejak 2001

1English Communication

Sekolah Al-Faizeen komited dalam menerapkan budaya komunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam setiap aspek pembelajaran, sama ada di dalam kelas mahupun melalui aktiviti luar bilik darjah. Kami menekankan penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh seperti menulis, bertutur, mendengar dan memahami agar pelajar benar-benar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan berkeyakinan.

2Kurikulum IQMP

Di Sekolah Al-Faizeen, kami menyediakan Kurikulum Tambahan iaitu Quran Mukmin Profesional (IQMP) sebuah program pembelajaran Islam yang menyeluruh, berteraskan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini dibangunkan berdasarkan prinsip “Iman sebelum al-Quran, adab sebelum ilmu, ilmu sebelum amal”, yang menjadi asas dalam membentuk pelajar sebagai insan yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Khalifah Muda 5A
Khalifah Muda 5A
Tilawah Al-Quran
Tilawah Al-Quran
Tahfiz Al-Quran
Tahfiz Al-Quran
Amali Mukmin
Amali Mukmin
Kemahiran Interaksi Sosial
Kemahiran Interaksi Sosial

3Komunikasi 3 Hala

Dengan mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan diantara guru, ibubapa dan sekolah ini dapat meningkatkan pemahaman bersama serta menyokong perkembangan pelajar dan anak-anak.

  1. 1Komunikasi Digital: Whatsapp, Advance School Information Student (ASIS) & Social Media
  2. 2Sesi Perjumpaan Ibubapa: setahun 2 kali
  3. 3Info semasa: Whatsapp, Advance School Information Student (ASIS)
  4. 4Penglibatan Dalam Aktiviti Sekolah: Sukan, Program Mesra Aidilfitri, Hari Terbuka Dan Lain-Lain
  5. 5Cadangan: Ibu Bapa Dialukan Sentiasa Beri Cadangan Untuk Penambahbaikan

4Dasar 3K

Dasar 3K mencerminkan prinsip utama untuk menciptakan lingkungan yang optimal bagi sesebuah pertumbuhan, perkembangan, dan kesejahteraan sekolah.

Keselamatan

  • Keselamatan terjamin dengan kelulusan penuh daripada pihak Bomba & Jabatan Kesihatan
  • Dilengkapi dgn CCTV dan pengawal keselamatan (sebahagian cawangan)

Keselesaan

  • Bilangan murid dalam kelas maksimum seramai 30 orang sahaja
  • Terdapat pendingin udara dalam setiap kelas

Kondusif

  • Mempunyai ruang kelas yang selesa dan kemudahan fasiliti yang mencukupi seperti ruang membaca/pusat sumber, dewan dan sebagainya
  • Kawasan sekolah tertutup (murid hanya berada di dalam bangunan sahaja sepanjang hari)

Program Ditawarkan

Dua program utama untuk peringkat rendah dan menengah

Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII)
Umur 7 – 12 tahun · Tahun 1 – 6

Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII)

Program sekolah rendah yang menggabungkan Kurikulum Kebangsaan (KSSR), Kurikulum Diniyah JAIS, dan Kurikulum IQMP eksklusif Al Faizeen untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut akademik, agama, dan sahsiah.

  • Kurikulum KSSR
  • Kurikulum Diniyah JAIS / JAWI
  • Program Tahfiz & IQMP (Quran Mukmin Profesional)
  • English Communication Programme
  • Aktiviti kokurikulum & sukan
  • Kelas berhawa dingin & fasiliti moden
Maklumat Lanjut
Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMII)
Umur 13 – 17 tahun · Tingkatan 1 – 5

Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMII)

Program menengah yang mengintegrasikan kurikulum akademik kebangsaan dengan pengajian tahfiz Al-Quran secara intensif, menyediakan pelajar untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.

  • Kurikulum KSSM
  • Program Tahfiz Al-Quran intensif
  • Persediaan SPM
  • Kurikulum Diniyah JAIS
  • Program kepimpinan & sahsiah
  • Bimbingan kerjaya & pengajian tinggi
Maklumat Lanjut

Kata Ibu Bapa

Dengarkan sendiri pengalaman keluarga Al Faizeen

Akademik
Akademik

Puan Siti Aishah

Ibu Bapa, Kota Damansara

Anak saya sangat berubah sejak masuk Al Faizeen. Pencapaian akademik meningkat, akhlak dan adabnya juga bertambah baik. Guru-guru sangat prihatin.

Kehidupan Harian
Kehidupan Harian
Program Islam
Program Islam

Puan Fatimah Z.

Ibu Bapa, Putrajaya

Saya kagum dengan dedikasi guru-guru. Anak saya yang pemalu kini sudah berani tampil di hadapan dan menghafaz Al-Quran.

Sukan
Sukan

Encik Ahmad R.

Ibu Bapa, Putrajaya

Kurikulum IQMP sangat unik. Anak saya kini sudah menghafaz 5 juzuk Al-Quran di samping cemerlang dalam peperiksaan.

Puan Nur Hidayah

Ibu Bapa, Kota Warisan

Persekitaran sekolah yang Islamik dan moden membuatkan anak-anak selesa belajar. Komunikasi melalui ASIS juga sangat memudahkan.

Kokurikulum
Kokurikulum

Encik Mohd Faizal

Ibu Bapa, Kota Damansara

Dua orang anak saya bersekolah di sini. Mereka bukan sahaja pandai mengaji, malah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Majlis & Acara
Majlis & Acara

Testimoni Video

Tonton pengalaman sebenar keluarga Al Faizeen.

Testimoni Murid

Pengakuan Dan Pengalaman Murid Di Sekolah Al-Faizeen

Pengalaman pelajar selama 6 tahun bersekolah di Al Faizeen.

Testimoni Ibu Bapa

Pengalaman Ustaz Shahrizan Daud Menghantar Anak Di Sekolah Al-Faizeen

Pengalaman seorang bapa menghantar anak ke Al Faizeen.

Testimoni Ibu Bapa

Mengapa Saya Daftar Anak Di Sekolah Al-Faizeen?

Pengalaman seorang ibu selepas 2 tahun anak belajar di Al Faizeen.

Masa Depan Cemerlang Anak Anda Bermula Di Sini

Sertai lebih 1,000 keluarga yang mempercayai Al Faizeen dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.

Diiktiraf oleh

JAISJAWI

Pertanyaan Pantas

Tinggalkan maklumat anda, kami akan menghubungi anda segera.

6,000+

Pelajar

100+

Guru

4

Cawangan