Pengenalan

Sekolah Islam Al-Faizeen ditubuhkan sejak 2001 dengan usaha untuk melahirkan generasi pelajar Muslim yang berilmu dan mengamalkan Islam dalam kehidupan. Menyediakan sukatan pelajaran dengan menggabungkan kurikulum akademik KBSR dan KSSR (Kementerian Pelajaran Malaysia), kurikulum agama (Jabatan Agama Islam Selangor) dan kurikulum tahfiz dengan peperiksaan utamanya iaitu UPSR dan PSRA. Pendaftaran pelajarnya adalah bermula dari usia 7 tahun hingga ke usia 12 tahun iaitu Tahun 6.

Alhamdulillah, bermula 2016 yang lalu, Sekolah Al-Faizeen di bawah pengurusan Pusat Pendidikan Al-Faizeen Sdn Bhd telah menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Faizeen yang menawarkan pendidikan di peringkat menengah serta menitik beratkan tentang hafazan al-Quran. Sekolah Al-Faizeen telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor sejak 2001 dengan nombor pendaftaran 11S(8)7/21 yang dipengerusikan oleh Dr. Haji Mat Taib bin Pa.