Kokurikulum
Aktiviti luar akademik yang melengkapi pendidikan formal, membina pelajar secara holistik melalui pengalaman praktikal, sukan, kepimpinan, dan kreativiti.
Program Utama
4 program besar tahunan yang membentuk pengalaman pelajar di luar bilik darjah.

Mukhayam
Program luar yang menekankan pembangunan fizikal, mental, dan rohani berlandaskan nilai-nilai agama. Pelajar menjalani aktiviti berkumpulan di alam terbuka.

KAMIL
Pertandingan untuk sekolah rendah Islam dan program integrasi. Pelajar mewakili sekolah dalam acara-acara terpilih di peringkat daerah dan negeri.

Tadabbur Alam
Aktiviti refleksi alam semula jadi yang membantu pelajar menghayati kebesaran ciptaan Allah dan mengaitkan sains dengan keimanan.

Sportfest
Acara sukan tahunan yang menggalakkan kesihatan fizikal, semangat kesukanan, dan keakraban antara pelajar, guru, dan ibu bapa.
Kelab
- Kelab Usahawan Muda
- Kelab Alam Sekita
- Kelab Robotik dan Reka Cipta
- Kelab Media
- Kelab Seni Musik Islam
- Kelab Taekwando (Kota Damansara dan Putrajaya)
- Kelab Renang (Putrajaya)
Persatuan Akademik
- Persatuan Diniyah
- Unit beruniform
- Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Masa Depan Cemerlang Anak Anda Bermula Di Sini
Sertai lebih 1,000 keluarga yang mempercayai Al Faizeen dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Diiktiraf oleh
Pertanyaan Pantas
Tinggalkan maklumat anda, kami akan menghubungi anda segera.
6,000+
Pelajar
100+
Guru
4
Cawangan