Quran Mukmin Profesional (IQMP)
Program eksklusif Al Faizeen yang membentuk generasi Mukmin profesional melalui 5 teras pembangunan insan.
Kurikulum Quran Mukmin Professional (IQMP)
Kami menyediakan Kurikulum Tambahan iaitu Quran Mukmin Professional (IQMP) iaitu pembelajaran agama islam yang menyeluruh dan menfokus kepada penghayatan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian. Kami menerapkan konsep Iman sebelum Al-Quran, adab sebelum ilmu, ilmu sebelum amal.
Kurikulum ini bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang ajaran islam serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.
5 Teras IQMP
Setiap teras saling melengkapi untuk membentuk pelajar secara holistik, dari aspek spiritual, intelektual, hingga sosial.

Khalifah Muda 5A
Membina sahsiah pelajar melalui 5 nilai teras: Allah, Al-Quran, Ar-Rasul, Akhlak, dan Akhirat. Setiap nilai diterapkan secara berstruktur dalam kehidupan harian pelajar.
Allah
Kesedaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT
Al-Quran
Menjadikan Al-Quran panduan hidup
Ar-Rasul
Meneladani sunnah Rasulullah SAW
Akhlak
Akhlak mulia dalam pergaulan harian
Akhirat
Kesedaran kehidupan dunia dan akhirat

Tilawah Al-Quran
Program tilawah yang menekankan bacaan Al-Quran dengan tartil, tajwid yang betul, dan kefahaman makna ayat untuk membentuk hubungan pelajar dengan kitab suci.

Tahfiz Al-Quran
Program hafazan berstruktur yang membimbing pelajar menghafaz Al-Quran secara berperingkat, disertai kefahaman mendalam dan penerapan dalam amalan harian.

Amali Mukmin
Tindakan dan amalan yang dapat dipraktikkan selepas pembelajaran, menjembatani jurang antara ilmu teori dan amalan harian sebagai seorang Mukmin.

Kemahiran Interaksi Sosial
Membina kemahiran komunikasi, mendengar aktif, empati, kerja berpasukan, dan penyelesaian konflik, melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan berhemah.
IQMP Dalam Kurikulum
IQMP bukan sekadar subjek tambahan, ia disepadukan dalam keseluruhan pengalaman pembelajaran pelajar.
Program IQMP diterapkan kepada pelajar Tahun 1–6 sebagai sebahagian daripada jadual harian. Pelajar membina asas keimanan, hafazan, dan adab sejak usia muda.
Lihat Program RendahDi peringkat menengah, IQMP dipertingkatkan dengan penekanan kepada hafazan lanjutan, kemahiran sosial Islami, dan pembentukan jati diri Mukmin profesional.
Lihat Program MenengahMasa Depan Cemerlang Anak Anda Bermula Di Sini
Sertai lebih 1,000 keluarga yang mempercayai Al Faizeen dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Diiktiraf oleh
Pertanyaan Pantas
Tinggalkan maklumat anda, kami akan menghubungi anda segera.
6,000+
Pelajar
100+
Guru
4
Cawangan