Langkau ke kandungan utama

Pendaftaran 2026/2027 kini dibuka!Daftar Sekarang

Sekolah Al-Faizeen, Sekolah Islam Integrasi
Tentang Al Faizeen

Tentang Sekolah Agama Swasta Menjadi Sekolah Berprestij Tinggi & Unggul

Visi

Menjadi sekolah agama swasta berprestasi tinggi dan cemerlang dengan menjana program-program kerohanian dan kecemerlangan merangkumi semua bidang ilmu berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Misi

Membentuk generasi Muslim menjadi Mukmin profesional yang mendaulatkan ilmu, memiliki keimanan dan ketakwaan, serta pemikiran yang kreatif dan inovatif.

Motto

“Menjana Generasi Mukmin Profesional”

Objektif Kami

Matlamat utama pendidikan di Al Faizeen

Mengaplikasikan sistem pengajaran & pembelajaran bersepadu & seimbang di antara subjek akademik, agama dan hafazan Al-Quran.

Mengembangkan potensi diri pelajar dari segi rohani, jasmani & intelektual seiring dengan perkembangan pelajar.

Menerapkan konsep, tanggungjawab & kualiti Muslim untuk berperanan sebagai khalifah Allah SWT.

Menjana pelajar yang dapat menghayati ajaran Islam sebenar dalam kehidupan seharian.

Membentuk pelajar berilmu pengetahuan, beriman, berakhlak dan bertaqwa.

Menjana generasi muslim profesional yang bertakwa demi menegakkan syiar Islam.

Pendaftaran Sekolah

Sekolah Agama Swasta Al-Faizeen berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah Al-Faizeen juga adalah ahli kepada badan pendidikan berdaftar seperti Gabungan Sekolah Islam Swasta Selangor (GASIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS).

Kurikulum Al Faizeen
Logo JAISLogo JAWI

Masa Depan Cemerlang Anak Anda Bermula Di Sini

Sertai lebih 1,000 keluarga yang mempercayai Al Faizeen dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.

Diiktiraf oleh

JAISJAWI

Pertanyaan Pantas

Tinggalkan maklumat anda, kami akan menghubungi anda segera.

6,000+

Pelajar

100+

Guru

4

Cawangan